
KUALA LUMPUR, 12 Ogos 25 – Ketua Portfolio Kewangan Perikatan Nasional, Datuk Dr. Radzi Jidin mempersoalkan perubahan kos pembinaan dan kaedah pembiayaan projek mega LRT Pulau Pinang.
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia 13 (RMK) di Dewan Rakyat, Radzi mempersoalkan mengapa kos yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada belanjawan 2024 iaitu sebanyak RM 10 bilion, berubah kepada RM 13 bilion seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan beberapa bulan selepas itu.
“Soalan saya, adakah ini bermakna projek yang empat bulan sebelumnya dikatakan oleh Perdana Menteri dibiayai melalui kaedah kerjasama awam swasta, akhirnya akan dibina menggunakan peruntukan pembangunan kerajaan sepenuhnya?
“Apakah justifikasi pertukaran kaedah pembiayaan ini? Soalnya.
Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya turut mempersoalkan apakah benar bahawa siling keseluruhan peruntukan yang disediakan untuk projek ini telah mencecah RM 17 bilion.
“Mengapa anggaran kos naik mendadak daripada RM 10 bilion kepada RM13 bilion, kemudian kepada RM 17 bilion?
“Sekiranya RM 17 bilion ini dibahagikan kepada 5 tahun, jumlah peruntukan pembangunan yang akan digunakan untuk projek ini setiap tahun adalah RM 3.4 bilion atau 4 peratus. Ujarnya
Dalam ucapannya, Radzi turut membanding kos tersebut boleh menampung kos pembinaan 340 buah sekolah di seluruh negara.
“Maka sebenarnya baki peruntukan pembangunan kerajaan untuk projek-projek lain di seluruh negara secara purata setiap tahun hanya tinggal RM 82.6 bilion. ‘Trade Off’ kepada satu projek mega bernilai RM 17 bilion adalah projek-projek lain yang berskala lebih kecil seperti pembinaan sekolah
“Katakan kos pembinaan sebuah sekolah ialah RM 50 juta maka dengan RM 17 bilion kerajaan boleh membina 340 buah sekolah di seluruh negara
“Itu baru kita ambil kira satu projek mega. Tegasnya.
Radzi kemudiannya menuntut kerajaan menyenaraikan semua projek-projek mega yang akan dilaksanakan di bawah RMK13 beserta siling peruntukan untuk projek tersebut.
“Ini penting untuk kita lihat sebenarnya berapakah baki peruntukan pembangunan untuk projek-projek lain di seluruh negara.
Januari lalu, Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan mengumukan akan mengambilalih projek pembangunan LRT dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Media melaporkan bahawa kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Jajaran LRT laluan Mutiara akan bermula dari Pulau Silikon hingga ke Komtar dan seterusnya menyeberang ke Penang Sentral di Seberang Perai untuk memberi ketersambungan kepada rangkaian keretapi KTM Komuter dan ETS sedia ada. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.