“Tiba-Tiba Bercakap Kononnya Mahu Selamatkan PN” – Pemuda PAS Dungun

KUALA LUMPUR | 8 Jun 2026 – Ketua Pemuda PAS Dungun, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Hussin menyindir seorang bekas pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang didakwanya kini tampil sebagai penyelamat gabungan itu selepas tidak lagi memegang jawatan penting dalam PN.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Fakhruddin mempersoalkan sumbangan individu berkenaan ketika masih memegang jawatan Pengerusi PN dan mendakwa gabungan itu tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan sepanjang tempoh tersebut.

“Ada orang bila jadi Pengerusi PN, PN tak ke mana. Bila tak jadi Pengerusi PN, terus jadi gila talak,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan komitmen tokoh terbabit terhadap PN selepas tidak lagi menerajui gabungan itu, dengan mendakwa tumpuan yang diberikan kepada Ikatan Perubahan Rakyat (IPR) dilihat lebih besar berbanding usaha memperkukuh PN.

“Peliknya, selepas tidak lagi menjadi Pengerusi PN, komitmen kepada IPR kelihatan lebih besar daripada komitmen kepada PN.

“Akhirnya rakyat tertanya-tanya, yang hendak dibesarkan itu PN atau IPR?” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Fakhruddin turut menyelar tindakan pihak yang kini lantang bercakap mengenai usaha menyelamatkan PN walaupun didakwa pernah menjadi sebahagian daripada punca kemelut yang melanda gabungan tersebut.

“Hari ini tiba-tiba bercakap kononnya mahu selamatkan PN. Rakyat bukan lupa.

“Yang merosakkan rumah tak layak mengajar orang cara menjaga rumah,” katanya.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu secara khusus, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan beliau yangmengulangi tekad untuk terus memelihara hubungan baik antara parti itu dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN). @politiko.my

Kenyataan Pemuda PAS Dungun ini menjelaskan lagi penolakan PAS akar umbi terhadap BERSATU dan kepimpinannya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share