Budaya Mafia Hidup Subur Di Zaman Kerajaan Madani

Oleh : Khairuddin Abu Hassan

Kes yang berlaku pada anak YB Dato Seri Rafizi Ramli dan insiden yang menimpa Yusoff Rawther serta beberapa kes-kes jenayah kekerasan terhadap musuh-musuh politik hidup subur di bawah pentadbiran kerajaan Madani.

Situasi untuk menakut-nakutkan musuh politik mereka amat membimbangkan kerana negara kita sedang bertukar arah menuju untuk menjadi sebuah negara seperti Mexico.

Pihak PDRM harus tampil secara kadar segera untuk menyiasat secara terperinci ke atas insiden yang tidak beretika yang berlaku pada anak YB Dato Seri Rafizi Ramli dan Yusof Rawther.

Ini membuktikan secara jelas kita tidak lagi selamat jika menjadi pengkritik dan penentang kepada kerajaan Madani.

Inilah reformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Tengok saja gelagat Anwar Ibrahim yang dulu menjadi samseng jalanan dan sehingga kini setelah menjadi Perdana Menteri masih berperangai munafiq serta fasiq dan memfitnah semua musuh-musuh politiknya.

Cakap PMX pun masih bernada seperti samseng jalanan serta tak habis-habis memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dalam apa jua majlis-majlis kerajaan yang dihadiri oleh PMX.

Apakah PMX ini kekeringan atau bankrap modal untuk mengalih pandangan kelemahan kepimpinannya?

Seseorang yang tidak mempunyai mutu kepimpinan yang mampan seperti Anwar Ibrahim akan senantiasa takut pada bayang-bayang sendiri.

Strategi PMX terpaksa alih pandangan kelemahan dirinya setiap hari kepada menyalahkan orang lain khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘kambing hitam’ beliau.

Inilah Perdana Menteri yang paling haprak yang kemungkinannya diizinkan oleh Allah swt untuk seketika saja agar keseluruhan ummah dapat melihat sendiri siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Jikalau kita masih tidak sedar dan insaf akan peri bahaya ada seorang Perdana Menteri seperti PMX maka saya sendiri pun tak tahu lagi nak cakap apa.

Hakikatnya, saya telah berusaha serta sedang bercakap sehingga kini mengenai manusia munafiq, fasiq dan hipokrit ini dari  tahun 1998 melalui penerbitan buku ’50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ yang ditulis oleh Allahyarham Datuk Khalid Jafri.

Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Dilema Penyerahan Kuasa dalam BERSATU

“Kepimpinan tidak memberikan hala tuju yang jelas bagaimana kita ingin mara ke hadapan. Tan Sri Muhyiddin tidak berperanan seperti seorang Ketua Pembangkang. Beliau masih terbawa-bawa gaya seorang Perdana Menteri,” ujar beliau.
Read More
Total
0
Share