
KUALA LUMPUR, 28 Jul 25 – Peguam, Rafique rashid Ali memaklumkan bahawa Che Gubard atau badrul Hisham Shaharin telah ditahan polis di kediaman beliau sekitar jam 2.30 petang sebentar tadi.
Beliau baaimanapun mempersoalkan penahanan ini berikutan notis untuk Che Gubard ke Bukit Aman telah ditetapkan pada hari esok jam 11 pagi.
“Temujanji antara pegawai penyiasat dan Che Gebard berkenaan peraka ini telah pun ditetapkan pada hari Selasa 29.7.25 jam 11.00 pagi.
”Oleh itu, tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana Che Gubard sentiasa telah memberi akujanji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman. Katanya.
Tambah beliau, pihaknya akan menghubungi pegawai penyiasat dan akan mengemaskini segala maklumat dari masa ke semana.
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.