Chegu Bard Lancar Jalan Kaki Solo, Akan Dedah Intrik Politik Dalaman BERSATU Di Pit Stop

PORT DICKSON, 7 DIS 25 — Ketua Bahagian BERSATU Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, akan memulakan jalan kaki solo dari Port Dickson ke Johor Bahru sebagai protes terhadap apa yang disifatkannya sebagai pengabaian parti terhadap isu rakyat dan amalan penyelewengan dalaman parti.

Chegu Bard berkata, beliau dihina dan difitnah oleh pihak di sekeliling Presiden BERSATU kerana mendesak parti menjuarai isu rakyat.

Aduan yang dikemukakan terhadap gangguan dalaman dan campur tangan pihak tertentu dibakul sampahkan, manakala beliau pula dipanggil ke lembaga disiplin selepas memberi jawapan.

“Presiden lemah mengabaikan, maka saya lancarkan jalan kaki solo menuju Mahkamah Johor Bahru,” katanya.

Dalam misi berjalan kaki selama tiga hari itu, beliau akan mendedahkan satu persatu isu dalaman BERSATU pada setiap hentiannya.

Menurutnya, pendedahan itu termasuk dakwaan penyelewengan dana dan projek K-KOM, serta kontroversi dana pilihan raya Sabah.

Perjalanan hari pertama bermula 8 Disember dari Quest Hotel Midport Port Dickson menuju Masjid Sultan Muhammad V di Penjara Sungai Udang, Melaka, dengan perhentian di Ngeteh Cafe.

Pada hari kedua, 9 Disember, beliau akan mendedahkan penglibatan individu dalam penyelewengan dana BERSATU dan projek K-KOM di beberapa lokasi utama di Melaka dan Muar.

Dan untuk hari ketiga, 10 Disember, beliau akan membuat pendedahan isu dana pilihan raya Sabah. Perjalanan dijangka tamat di Surau Parit Andin, Johor.

Sepanjang perjalanan juga, Chegu Bard akan menyiarkan sesi live dan podcast di setiap hentian bagi memberi maklumat kepada orang ramai tentang isu-isu yang beliau dedahkan.

Beliau menegaskan bahawa protes jalan kaki ini bukan semata-mata simbolik, tetapi usaha menuntut maruah diri dan kembalikan perjuangan BERSATU ke tangan rakyat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share