Dua Aktivis Ditahan Semasa Himpunan Menyokong GSF di Kedutaan AS

Foto – Buletin TV3

KUALA LUMPUR, 3 Okt 25 — Dua individu ditahan selepas menyertai himpunan menyokong misi Global Sumud Flotilla (GSF) di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, semalam.

Menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, suspek berusia 23 dan 32 tahun ditahan atas tuduhan mengganggu tugas pasukan polis semasa perhimpunan di kawasan yang sibuk.

Kejadian tercetus ketika kira-kira 50 peserta berhimpun bagi menyatakan solidariti terhadap sukarelawan GSF yang dikatakan dipintas oleh tentera Israel.

Himpunan tersebut bertukar kecoh apabila beberapa peserta menghalang lalu lintas dan berlaku pergelutan kecil, menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan di muka.

“Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Kes itu kini dalam siasatan,” kata Fadil dalam kenyataannya.

Salah seorang daripada yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, manakala seorang lagi individu masih belum dikenalpasti sepenuhnya.

Konvoi GSF, yang mengandungi puluhan kapal dari pelbagai negara, dilaporkan sedang menuju ke Gaza apabila beberapa kapal dikatakan telah dipintas oleh tentera laut Israel. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share