
KUALA LUMPUR, 12 Ogos 25 — Projek pembinaan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) akan diberi penekanan menggunakan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pendekatan ini penggunaan teknologi moden dijangka mempercepatkan tempoh siap projek, mengurangkan pembaziran bahan binaan serta menurunkan kos keseluruhan pembinaan.
“Selain itu, RMK13 turut menyasarkan pembinaan sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun oleh pihak kerajaan dan pemaju swasta yang mengintegrasikan perumahan rakyat dengan harga lebih berpatutan.
“Pada masa sama pembangunan berorientasikan transit (TOD) akan diperluas bagi mengintegrasikan perumahan dengan sistem pengangkutan awam.
“Ini adalah peluang besar untuk kontraktor Bumiputera memainkan peranan utama dalam merealisasikan aspirasi pembangunan negara yang mampan dan inklusif,” katanya memetik laporan Bernama.
Amir Hamzah berkata demikian dalam majlis makan malam sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-6 Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), baru-baru ini.
IBS adalah kaedah pembinaan menggunakan komponen pasang siap dibuat di kilang dan kemudiannya dipasang di tapak pembinaan, kaedah ini berbeza dengan pembinaan tradisional yang memerlukan kerja-kerja dilakukan secara manual di tapak.
Manakala BIM pula ialah adalah teknologi menggunakan perisian untuk mencipta model digital 3D bagi sesebuah bangunan, model ini mengandungi maklumat terperinci mengenai struktur, sistem mekanikal, elektrikal, dan paip serta maklumat lain berkaitan dengan projek. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.