GERAK 2.0 Akan Dilancar, Mahu Turunkan Anwar – UMMAH

KUALA LUMPUR, 14 Jun 25 – Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa mengumumkan pelancaran satu gerakan untuk menurunkan Anwar Ibrahim dari kerusi Perdana Menteri.

Beliau yang lebih popular dengan panggilan Cikgu Zai berkata, kesepakatan menubuhkan gerakan yang dinamakan GERAK 2.0 ini dicapai dalam satu perbincangan bersama pemimpin-pemimpin NGO, semalam.

“Ini adalah GERAK 2.0 (2025), tumpuan agenda menurunkan Anwar daripada jawatan Perdana Menteri.

“Dulu Anwar menubuhkan GERAK pada tahun 1998 akibat pemecatan beliau daripada Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir. Katanya.

Menurut beliau, GERAK 2.0 ini digerakkan akibat daripada kezaliman melampau telah dilakukan kepada Yusof Rawther yang dipercayai satu konspirasi bagi menutup saman sivil beliau kepada Anwar.

Tambah beliau, gerakan ini akan mendapatkan tandatangan wakil-wakil NGO bagi menyatakan sokongan untuk mendesak Anwar Ibrahim meletakkan jawatan.

“Satu sidang media deklarasi menandatangi kesepakatan pemimpin NGO NGI akan diadakan sedikit masa lagi yang akan dimaklumkan kelak. Tambahnya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tular Lagi Tangkap Layar, Kali Ini Kaitkan Azmin Ali

“Azmin perlecehkan Presiden PAS dan Presiden UMNO. Azmin perli kalau ikut telunjuk TGHA dan DSZH dijamin syurga - Ini kurang ajar.” Tulis posting yang menggunakan akaun "Parti Pribumi Berseteru Malaysia", sebuah akaun parodi mengaitkan aktiviti politik parti BERSATU.
Read More
Total
0
Share