Giliran Bahagian Kota Kinabalu Bubar, AJK Umum Letak Jawatan, Keluar Parti

KOTA KINABALU | 7 Mac 26 – Ahli Jawatankuasa Bahagian BERSATU Kota Kinabalu yang diketuai Ketua Bahagiannya meletakkan jawatan daripada parti susulan kemelut dalaman yang didakwa semakin meruncing, khususnya di Sabah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Bahagian yang juga Ketua Penerangan BERSATU Sabah, Suhaimi Buang menerusi sepucuk surat bertarikh 27 Februari 2026 yang dihantar kepada Setiausaha Agung BERSATU.

Surat tersebut memaklumkan bahawa beliau bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian serta Ketua Sayap Srikandi Bahagian mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan dan keluar daripada parti.

“Dengan surat ini, saya bersama Ahli Jawatankuasa dan Ketua Sayap Srikandi Bahagian meletak jawatan daripada semua jawatan dalam parti serta keluar daripada parti,” Katanya.

Selain itu, surat berkenaan turut menyatakan kehilangan keyakinan terhadap kepimpinan parti di peringkat pusat susulan pemecatan Hamzah Zainudin.

Langkah meletakkan jawatan dan keluar parti oleh kepimpinan bahagian tersebut dilihat sebagai satu lagi episod ketegangan dalam BERSATU Sabah yang sebelum ini turut berdepan beberapa isu dalaman berkaitan struktur organisasi dan sokongan akar umbi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share