Google Meet perkenalkan ‘Companion Mode’ untuk telesidang

Companion Mode – foto Amanz

Google Meet memperkenalkan ciri “Companion Mode” yang memudahkan pengguna menyertai sesi telesidang pada telefon pintar.

Dalam Companion Mode, ciri mengangkat tangan untuk bertanya soalan, memberikan reaksi emoji, mengaktifkan sari kata masa nyata, melihat kandungan yang dibentangkan peserta dan melakukan perbualan teks dengan peserta lain telah dipermudahkan.

Butang yang lebih besar dan jelas akan dapat diakses dalam mod ini.

Untuk menggunakan Companion Mode, tekan butang “Use companion mode” sebelum memasuki sesebuah bilik telesidang.

Companion Mode kini boleh digunakan pada aplikasi Google Meet untuk Android dan iOS. – Amanz

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kesan AI Pada Sektor Pekerjaan

AI memberikan impak pada pasaran pekerjaan dan memperlihatkan permintaan yang tinggi bagi mereka yang berkemahiran khusus dalam menghasilkan pertanyaan tepat untuk mendapatkan hasil yang diinginkan dari A.I.
Read More

Khairul Aming tempa nama lagi

Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Read More
Total
0
Share