Hamzah Dilantik Pengarah Pilihan Raya Bersatu

KUALA LUMPUR, 17 Jul 25 – Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai pengarah pilihan raya Bersatu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan pelantikan Hamzah, yang juga timbalan presiden dibuat ketika mesyuarat MPT baru-baru ini.

“Saya harap dengan keputusan itu  ahli jawatankuasa jabatan pilihanraya dapat dilantik segera dan parti boleh bergerak ke hadapan dengan lebih pantas,” katanya, dalam satu kenyataan.

Hamzah katanya akan menyelia Jabatan Pilihan raya yang diketuai oleh Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, dalam mesyuarat itu beliau turut mengusulkan  cadangan pembentukan jawatankuasa dan pergerakan jabatan pilihan raya dibentang dengan segera kepada pengarah pilihan raya Bersatu.

“Cadangan saya itu dipersetujui mesyuarat.

“Paling penting ialah usaha mempelopori persefahaman dengan semua parti-parti politik bukan kerajaan serta persiapan pilihanraya negeri Sabah,” tambahnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share