Hamzah & Gabungan MP Zahir Sokongan Penuh Pengerusi PN Baharu

KUALA LUMPUR | 23 Feb 26 — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN), sambil menegaskan sokongan penuh blok pembangkang terhadap kepimpinan tersebut. 

Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani 19 Ahli Parlimen, Hamzah menyifatkan pelantikan itu sebagai langkah konsolidasi penting yang membuktikan kesediaan Perikatan Nasional untuk kembali berperanan secara lebih tersusun dalam landskap politik negara.

“Pelantikan ini merupakan konsolidasi serius bahawa Perikatan Nasional benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara,” katanya.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menegaskan bahawa sebagai wakil rakyat, mereka akan terus berdiri teguh bersama Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Parti Islam Se-Malaysia selaku parti tunjang gabungan itu.

Kenyataan tersebut turut disokong Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; serta Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

Turut menyatakan sokongan ialah Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ku Abd Rahman Ku Ismail; Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya; Ahli Parlimen Rompin, Abdul Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; dan Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan.

Barisan itu dilengkapkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hassan; Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan; serta Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abbas.

Sokongan 18 Ahli Parlimen BERSATU secara terbuka ini dilihat sebagai langkah memperkukuh kedudukan Ahmad Samsuri dalam memimpin gabungan pembangkang, selain memberi isyarat bahawa blok tersebut mahu bergerak dengan kepimpinan yang lebih tersusun menjelang fasa politik seterusnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share