Hamzah Zainudin Seru Semua Pihak Bertenang, Hormati Proses Pelantikan MB Perlis

KUALA LUMPUR, 26 DIS 25 — Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyeru semua pihak agar bertenang dan menangani perkembangan politik di Perlis dengan penuh kematangan demi kepentingan rakyat dan kestabilan jangka panjang negeri itu.

Menurut beliau, sebarang keputusan dan pendirian politik perlu berpaksikan kepentingan rakyat serta memastikan pentadbiran negeri dapat terus berfungsi dengan baik tanpa gangguan.

Dalam satu kenyataan media semalam, Hamzah berkata rakyat menaruh keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis untuk menggunakan kuasa prerogatif Baginda selaras dengan Perlembagaan Negeri dalam menentukan pelantikan Menteri Besar yang baharu.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan Kerajaan Negeri Perlis terus berfungsi dengan baik dan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada kebajikan serta keperluan rakyat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa mandat yang diberikan rakyat kepada Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dihormati dan diterjemahkan melalui pentadbiran yang stabil serta berkesan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika kemelut politik di Perlis terus menjadi perhatian umum, sekali gus menuntut semua pihak mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan pentadbiran negeri. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share