Hanya Dengan Menang PRU Payung Besar Melayu Akan Berjaya, kata Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 10 Jun 25 – Gagasan Payung Besar Melayu hanya akan berjaya sekiranya pemimpin yang benar-benar memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu diangkat ketika pilihan raya umum.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, dengan cara itu matlamat gagasan tersebut akan berjaya mencapai objektifnya.

“Pemimpin-pemimpin yang gagal berperanan di dalam kerajaan campuran PH-BN sekarang perlu diganti dan ditiadakan.

“Untuk itu kemenangan dalam Pilihanraya Umum (PRU) dan Pilihanraya Negeri (PRN) penting, kerana hanya dengan kemenangan pemimpin dan parti yang benar-benar mahu mengangkat perjuangan Melayu dan Ummah dalam PRU dan PRN, barulah mereka boleh membentuk kerajaan dan seterusnya mengubah dan memperbetulkan keadaan,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Tujuan gagasan itu katanya adalah bagi memulihkan keadaan dan meletakkan kembali perjuangan Melayu dan ummah kembali ke atas landasan yang sebenar.

“Pemimpin yang benar-benar mahu menyelesaikan masalah orang Melayu dan mahu memartabatkan perjuangan Melayu perlu diangkat ke dalam kerajaan dan menguasai kerajaan,” katanya.

Jelas Tun Faisal, payung besar Melayu amat diperlukan ketika ini berikutan kegagalan parti Melayu, pemimpin Melayu dan orang Melayu dalam kerajaan, termasuk dalam agensi kerajaan, GLC, yang sepatutnya berperanan memperjuangkan dan menyelesaikan masalah-masalah orang Melayu.

Selain itu, parti dan NGO-NGO Melayu di luar kerajaan terlalu banyak dan berpecah belah.

Akibat berpecah belah dan terpisah-pisah, parti dan NGO-NGO Melayu Islam juga katanya hilang kekuatan dan tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu secara berkesan.

“Malah untuk bercakap isu Melayu pun disekat-sekat dan boleh menjadi kesalahan 3R. Sampai begitu sekali kegagalan Umno dan pemimpin Melayu dalam kerajaan,” tambah Tun Faisal.

Umno juga katanya yang sebelum ini memayungi orang Melayu sudah rosak dan bocor.

“Kenapa timbul gagasan Payung Besar Melayu? jawapannya kerana payung Umno sudah lama rosak dan bocor.

“Manakala pemimpin dan orang Melayu dalam kerajaan, agensi-agensi, dan GLC gagal menangani masalah dan menjaga kepentingan orang Melayu,” katanya lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Peguam Gesa AG Campur Tangan Isu Albert Tei

Haniff Khatri berkata, ini kerana rakaman video yang didedahkan menunjukkan wujud dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mempunyai pengetahuan berhubung isu skandal mineral Sabah.
Read More
Total
0
Share