Isu Institusi Kehakiman Risiko Tinggi Buat Kerajaan, Kata Tokoh Wartawan

KUALA LUMPUR, 15 Jul 25 – Krisis pelantikan hakim berisiko tinggi untuk menjejaskan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Katanya, mustahil untuk kerajaan memanipulasi isu tersebut dalam keadaan sekarang berikutan semua pihak termasuk Yang di-Pertuan Agong sendiri sudah bertitah berkenaan perkara itu.

“Kesimpulannya, dengan segala titah oleh Yang di-Pertuan Agong, kenyataan media, termasuk oleh Anwar sendiri, laporan media arus perdana dan bahas media sosial, adalah mustahil pelantikan kehakiman, khususnya kebimbangan mengenai pemesatan kenaikan pangkat Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, boleh dimanipulasikan.

“Risikonya terlalu tinggi kepada Kerajaan Malaysia Madani, khususnya terhadap perdana menteri.

“Apatah lagi dalam keadaan di mana feksyen PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Rafizi Ramli telah masuk gelanggang bagi menyebelahi kehakiman,” katanya, dalam hantaran Facebook.

Katanya, dakwaan campur tangan eksekutif terhadap kehakiman menjadi perbualan hangat sedangkan sepatutnya terdapat pemisahan kuasa antara cabang tersebut.

“Yang menjadi perbahasan hangat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, khususnya bersabit pelantikan dalam cawangan kehakiman, adalah kecurigaan terhadap tindak-tanduk eksekutif.

“Terdapat dakwaan, dokumen dan laporan polis yang menjurus ke arah wujudnya unsur-unsur campur tangan oleh eksekutif dalam kerja-kerja Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC),” katanya lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Gerakan Berhasrat Sertai PRN Sabah

"Parti berpendirian Sabah merupakan negeri yang penting dalam landskap politik nasional, dan sebarang keputusan akan dibuat secara kolektif demi memastikan kehadiran Gerakan di Sabah mampu membawa nilai tambah serta...
Read More

RUU PSB (URA), Ditarik Balik

“Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa RUU PSB ini akan ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan dan tambahan yang akan diteliti dibentangkan, dibincang dan diputuskan pada satu tempoh yang akan dimaklumkan (sebelum) dibentangkan semula dalam bentuk yang baharu di Parlimen,” katanya
Read More
Total
0
Share