Janji-Janji Reformasi Anwar Yang Belum Ditunaikan – Bah. Akhir

3. Reformasi Parlimen : Peruntukan adil kepada semua Ahli Parlimen pembangkang, hingga kini janji yang dicanang sebelum PRU 15, masih belum ditunaikan sepenuhnya. Sekalipun dilihat cuba dilaksanakan, tetapi ia masih bersyarat. Syarat-syarat itu pula sangat ganjil, seolah-olah janji tersebut tertakluk atas budi bicara politik semata-mata. Pembangkang mendakwa syarat tersebut bertentangan dengan prinsip kerajaan Madani sendiri.

Pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen : Akta yang menjadikan Parlimen benar-benar bebas dari cengkaman eksekutif masih belum dibentang, terbaru, perubahan atau pindaan yang dibuat hanya melibatkan dasar-dasar kecil seperti pengambilan pegawai parlimen, yang mana ia tidak membawa kesan yang signifkan dalam proses demokrasi.

4. Ekonomi & Sosial : Pemberdayaan GLC & pengurangan campur tangan politik terus berlaku, ia bertentangan dengan janji yang dibuat. Pelantikan beberapa tokoh politik ke GLC masih berlaku khususnya dari kalangan orang kerajaan perpaduan. Malah, pelantikan anak Perdana Menteri sebelum ni, bukan saja tidak profesional malah dilihat bersikap nepotisme.

Pengurangan beban hidup rakyat melalui subsidi bersasar yang adil, masih dilihat kabur. Sebaliknya, pelaksanaan subsidi diesel & elektrik bersasar menimbulkan keresahan rakyat yang mana dasar ini masih tidak konkrit.

Kesimpulan

Pentadbiran Anwar memperlihatkan gaya tadbir urus yang menimbulkan banyak persoalan integriti, reformasi institusi dan politik masih perlahan dan sebahagian besar masih kekal bersifat retorik.

Tekanan daripada gabungan kerajaan yang rapuh dan keutamaan kestabilan politik sering dijadikan alasan penangguhan semua janji-janji yang dibuat.

Keadaan ini mengingatkan kita kepada ungkapan Tun Dr Mahathir Mohamad “Manifesto bukan kitab suci”.

Ketika ungkapan itu dibuat (PH 1.0), semua pihak dikalangan gerombolan Anwar mengecam Mahathir, tetapi kini, itulah yang mereka sedang buat. Janji tidak mampu dilaksanakan atau kelihatan terlengahkan. @analitiko

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share