“Kalau Berani Bubar Parlimen Sekarang” – Kata Tun M Kepada Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai 25 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Anwar Ibrahim sekiranya beliau berani untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya sekarang.

Menurutnya, Anwar tak perlu takut kerana laporan penyertaan perhimpunan Turun Anwar Sabtu lalu hanya dihadiri 15 rbu orang sahaja.

“Kalau Anwar betul-betul berani, bubar sahaja parlimen dan adakan PRU sekarang.

“Dia tak perlu takut kerana konco-konconya melapor hanya 15,000 orang, hadir perhimpunan. Dia tentu menang.

Tambah Mahathir, hanya menerusi pilihan raya sahaja Anwar akan tahu samada rakyat menyokongnya atau tidak.

“Dengan PRU, Anwar akan tahu rakyat sokong dia atau tidak. Anwar bukan pilihan rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia jadi PM kerana menghentikan perbicaraan seorang pemimpin supaya ia boleh bawa partinya sokong Anwar.

“Tetapi PRU boleh tentukan sokongan oleh rakyat benar dan demokratik. Oleh itu bubarlah parlimen dan adakan PRU sekarang.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mencabar pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya ke dewan rakyat. Kenyataan Anwar ekoran ribuan peserta yang hadir ke Himpunan Turun Anwar, sabtu lalu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Gerakan Berhasrat Sertai PRN Sabah

"Parti berpendirian Sabah merupakan negeri yang penting dalam landskap politik nasional, dan sebarang keputusan akan dibuat secara kolektif demi memastikan kehadiran Gerakan di Sabah mampu membawa nilai tambah serta...
Read More
Total
0
Share