Kejahatan Tidak Mampu Selindung Balik Songkok, Kata Ahli MPT Bersatu

KUALA LUMPUR, 14 Okt 25 – Kejahatan dan penganiayaan tidak akan mampu berselindung kerana kebenaran pasti terserlah, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Yadzil Yaakub, susulan pemecatan dan penggantungan beberapa pimpinan dan anggota parti oleh Lembaga Disiplin.

Ketua pembangkang DUN Melaka itu menegaskan, beliau percaya kumpulan yang bersama Datuk Wan Saiful Wan Jan sedar akibat perbuatan mereka, yang mana mempunyai tujuan menyelamatkan parti.

“Tunggu masa sahaja kebenaran akan akan ditegakkan saya percaya janji Allah yang dianiaya akan dibela dan doanya akan dimakbulkan.

“Selepas ini kita akan tahu yang menganiayai dan siapa teraniaya, siapa benar siapa salah. Saya rasa ramai nak tahu, Wan Saiful dah nyatakan perkara yang akan didedahkan dan kita tunggu.

“Yang jahat tak dapat berselindung di balik songkok atau ketayap. Kebenaran akan tetap terbongkar juga,” katanya, kepada politiko.my.

Beliau turut mengharapkan semua pihak bertenang sementara proses rayuan berjalan.

“Saya harap semua tenang, mereka masih ada peluang buat rayuan kita tunggu dan lihat keputusan.

“Di sini, saya percaya siapa yang dituduh bersalah tahu undang-undang dan Perlembagaan parti.

“Tapi mereka berani kerana benar. Mereka ada bukti dan ada keyakinan apa mereka buat satu perkara baik untuk selamatkan parti dari sesuatu yang buruk,” katanya.

Namun, Dr Yadzil menjelaskan, MPT tidak membincangkan soal pemecatan mahupun penggantungan keahlian mereka yang terbabit.

“Tadi ada sidang media Wan Saiful, dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, saya dengar prosiding dibuat tak lengkap, tiada proses prosiding, ketiadaan pengadu, saksi waktu prosiding,” katanya.

Lembaga Disiplin Bersatu malam tadi memecat keahlian Wan Saiful serta merta dan menggantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal selama sepenggal.

Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, tindakan itu dipercayai berkait isu akuan bersumpah (SD) yang didakwa usaha mendesak pengunduran Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tu sebelum ini.

Empat lagi ketua bahagian Bersatu yang turut berdepan tindakan pemecatan adalah Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) dan Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share