Kenapa Perlu Keluar Parti Dan Tinggalkan Tan Sri Muhyiddin?

Ini bukan soal emosi. Ini soal hala tuju dan maruah perjuangan.

Masalah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini bukan lagi bisik-bisik kecil. Ia sudah jadi retakan besar. Dan punca utama retakan itu ialah kepimpinan tertinggi sendiri – Muhyiddin Yassin.

Krisis Kepercayaan – Bila Presiden Jadi Liabiliti

    Isu Penipuan pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional membuka mata semua pihak.

    Apabila kenyataan bercanggah, apabila gambaran yang diberi kepada pihak tertentu tidak selari dengan perbincangan dalaman, itu bukan salah sesiapa, Itu tanggungjawab Presiden.

    Yang berani menipu demi mendapatkan kuasa yang lebih besar. Presiden adalah simbol integriti parti. Bila integriti itu dirosakkan, seluruh struktur hilang kredibiliti.

    Gagal Mengawal Tun Faisal – “Ceplos Bersatu” Jadi Beban Parti

      Isu paling jelas: kegagalan mengawal Tun Faisal. Kenyataan-kenyataan terbuka yang agresif, provokatif dan kadang-kadang memalukan parti dibiarkan berlarutan. Akar umbi gelar “ceplos”, rakyat lihat sebagai tidak matang, tetapi Presiden memilih untuk berdiam diri.

      Kenapa?

      Kalau benar Presiden ada autoriti, kenapa tidak ditegur secara tegas? Kalau benar disiplin parti wujud, kenapa tiada tindakan jelas?

      Bila seorang individu bebas bercakap sesuka hati sehingga mencalarkan imej parti, itu bukan salah individu semata-mata. Itu kegagalan Presiden. Presiden yang dihormati tidak akan membiarkan jurucakap rasmi mengheret parti ke kancah kontroversi tanpa kawalan.

      Budaya Menyalahkan Orang Lain

      Setiap kali krisis meletup, skripnya sama:

      Bahagian salah. Timbalan salah. Geng lain salah.

      Presiden? Sentiasa betul kononnya mangsa keadaan.

      Hakikatnya, kalau semua konflik berpusat pada satu kepimpinan, masalahnya memang dari diri sendiri.

      Parti Digunakan Untuk Pertahankan Individu

      Ramai ahli sudah sedar, banyak langkah hari ini lebih kepada menyelamatkan kedudukan Presiden daripada mengukuhkan parti. Kes Menantu, Kes di Mahkamah.

      Parti ini tidak pernah cukup kuat berdiri sendirian tanpa gelombang luar. Namun gaya kepimpinan seolah-olah parti ini milik mutlak seorang individu. Itu silap besar.

      Ego Mengatasi Perjuangan

      Masalah terbesar bukan strategi politik. Bukan perancangan pilihan raya. Masalahnya ialah ego.

      Apabila nasihat tidak didengar, kritikan dilabel pengkhianatan, dan perbezaan pandangan dianggap ancaman, itu tanda kepimpinan sudah tertutup.

      Ahli tidak menolak parti. Ahli menolak budaya taksub kepada Individu yang secara jelas telah hilang kepercayaan majoriti.

      Parti Boleh Hancur Kerana Seorang Presiden

      Ada yang kata parti takkan runtuh kerana seorang individu. Silap.

      Dalam sejarah politik, banyak parti musnah bukan kerana musuh terlalu kuat, tetapi kerana pemimpin tertinggi enggan berubah, enggan berundur, dan enggan mengaku kesilapan.

      Seorang Presiden yang sudah hilang kepercayaan akar umbi boleh memecahkan parti dari dalam.

      Seorang Presiden yang mempertahankan ego boleh mematikan semangat ahli.

      Seorang Presiden yang gagal membaca realiti boleh menyeret seluruh organisasi ke jurang kehancuran.

      Kenapa Perlu Keluar?

      Kerana setia kepada prinsip lebih penting daripada setia kepada individu.

      Keluar bukan bermaksud membenci perjuangan.

      Keluar bermaksud menolak kepimpinan yang gagal memikul amanah.

      Jika Presiden terus menjadi beban, terus menjadi punca perpecahan, terus mempertahankan orang-orang yang mencalar imej parti, maka ahli ada hak untuk memilih jalan lain.

      Tan Sri perlu sedar:

      Jawatan bukan milik kekal.

      Kepercayaan bukan boleh dipaksa.

      Dan parti bukan harta pusaka.

      Jika kepimpinan tidak berubah, jangan terkejut kalau yang berubah adalah ahli, dan mereka berubah dengan meninggalkan Presiden di belakang.

      Hariz Faisal Bin Ismail, Aktivis Politik.

      Rencana ini telah disiarkan diruangan facebook beliau pada 20 Feb 2026

      Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

      Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

      Total
      0
      Shares

      Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
      Related Posts
      Total
      0
      Share