Ketepikan Agenda Peribadi, Melayu Perlu Bersatu, Kata Khairuddin

KUALA LUMPUR, 3 Jun 25 – Orang Melayu di negara ini tidak mempunyai sebarang pilihan selain bersatu dan mengenepikan agenda peribadi, kata aktivis politik Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Katanya, ia adalah peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kebaikan masa depan generasi Melayu, akan datang.

“Jangan sama sekali kita biarkan anak cucu merempat di tanahair sendiri dan sekiranya perkara ini berlaku kesemua pemimpin-pemimpin Melayu akan berdosa pada mereka.

“Inilah peringatan mutakhir Dr Mahathir kepada keseluruhan orang-orang Melayu untuk bersatu padu tanpa meletakkan kepentingan agenda politik atau kepartian di atas segalanya bagi menyelamatkan masa depan anak cucu serta kedudukan agama Islam di negara ini,” katanya.

Dakwanya, sebaik sahaja DAP berada dalam kerajaan, kuasa politik Melayu semakin terhakis.

“Sekarang apabila DAP menjadi sebahagian dari kerajaan kita semua sudah mula nampak

agenda sulit mereka sedang dipraktiskan sedikit demi sedikit.

“DAP yang mempunyai pelbagai strategi politik yang amat halus untuk ambil-alih kuasa politik Melayu,” dakwa Khairuddin.

Keadaan itu dakwanya akan mengancam kedudukan institusi beraja.

“Seandainya DAP berjaya dengan agenda ini apakah kita yakin mereka akan mempertahankan Raja-Raja Melayu di negara kita?

“Begitu juga dengan agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan semuanya yang bersangkutan dengan adat resam Melayu,” dakwa Khairuddin.

“Oleh sebab faktor inilah maka Majlis Raja-Raja Melayu harus beri tumpuan rapi pada perkembangan politik mutakhir negara sebelum ‘nasi menjadi bubur”. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share