Rafizi ‘Mengeluh’ Agensi Kerajaan “berlumba-lumba” Buat Program Ketika PRN

KUALA LUMPUR, 28 NOV 25 – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengkritik trend baharu melibatkan agensi kerajaan yang aktif semasa kempen pilihan raya, yang menurut beliau menimbulkan persepsi tidak wajar di kalangan rakyat.

Dalam kenyataan di Facebook, Rafizi berkata sejak pembentukan kerajaan perpaduan pada 2022, beliau perasan setiap kali kempen pilihan raya dijalankan, agensi-agensi kerajaan “berlumba-lumba” menganjurkan program di kawasan panas, lengkap dengan khemah besar, makan percuma, dan menunjukkan kehadiran ramai orang.

Beliau membandingkan pengalaman peribadi semasa PRK Sungai Bakap, di mana beliau datang seorang diri, manakala Timbalan Menteri lain hadir lengkap dengan outrider, kereta rasmi, dan konvoi agensi kerajaan.

Rafizi menegaskan isu ini bukan perkara kecil, tetapi simptom masalah lama yang pernah diperjuangkan selama lebih 20 tahun menentang Barisan Nasional (BN).

“Kalau dulu kita marah bila BN menggunakan agensi dan kenderaan kerajaan untuk kempen, hari ini bila kita buat cara yang sama, rakyat buat rumusan: ‘2×5, 5×2,’, kata beliau.

Beliau menambah, jika pemimpin yang dipilih atas nama reformasi mula mengikut gaya lama ini, rakyat biasa akan kehilangan harapan terhadap perubahan dan integriti sistem politik. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share