Mahathir Tegas Tolak Nepotisme, Anwar Pula Angkat Anak Sendiri, Kata Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 11 NOV 25 — Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Isham Jalil, membandingkan pendirian tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menolak nepotisme ketika menjadi Perdana Menteri dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi laluan kepada anaknya, Nurul Izzah Anwar, memegang jawatan kanan dalam parti.

Menurut Isham, tindakan Anwar itu bercanggah dengan prinsip reformasi dan anti-nepotisme yang sering beliau laungkan sejak era pembangkang.

“Dulu dia lawan nepotisme, tapi sekarang anak dia jadi timbalan dia. Orang cakap dia tak serupa bikin, cakap lain, buat lain,” katanya dalam satu temu bual podcast ‘Khabarnya’, baru-baru ini.

Isham berkata, perbezaan ketara dapat dilihat apabila Dr. Mahathir tidak membenarkan anak-anaknya menyertai politik sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

“Saya ingat masa zaman Tun dulu, anak dia nak masuk politik pun Tun tak bagi. Tun cakap selagi dia jadi Perdana Menteri, anak-anak dia tak akan masuk politik,” ujarnya.

“Tapi Anwar baru setengah penggal jadi Perdana Menteri, sudah bagi anak dia kedudukan penting.”

Beliau turut mempersoalkan kemampuan Anwar untuk melaksanakan reformasi lain yang dijanjikan, jika isu nepotisme sendiri gagal ditangani.

“Kalau reform berkenaan nepotisme pun dia tak boleh buat, apa lagi reform lain yang dia janji?” katanya.

Mengulas mengenai Nurul Izzah, Isham menegaskan bahawa karisma dan naratif politiknya kini semakin pudar berbanding ketika era “Puteri Reformasi”.

“Sekarang bapak dia Perdana Menteri, tapi dia masih menjerit ‘reformasi’. Reform sajalah sebab sekarang dah dalam kerajaan,” sindirnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Perjuangan Kemerdekaan Belum Selesai – Presiden PAS

Menurut beliau, sejarah perjuangan kemerdekaan sebenar bermula sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511 apabila umat Islam bangkit menentang penjajahan Portugis. Bagaimanapun, sumbangan tokoh-tokoh ulama dan pejuang awal itu sering dipadamkan dalam lipatan sejarah yang ditulis penjajah.
Read More
Total
0
Share