Konsensus Nasional Baharu Mahu Reformasi Menyeluruh, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR | 19 Mei 26 — Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah berkata gagasan “Konsensus Nasional Baharu” diwujudkan bagi membina reformasi besar-besaran yang lebih menyeluruh untuk negara, merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, Malaysia memerlukan satu pendekatan baharu yang mampu menyatukan rakyat serta mengembalikan keyakinan terhadap institusi negara.

“Konsensus Nasional Baharu adalah mengenai mencari titik persamaan untuk membina semula negara melalui reformasi yang luas dan inklusif,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Saifuddin, gagasan itu dibina berasaskan tiga teras utama iaitu matlamat bersama, kemakmuran bersama dan tadbir urus berteraskan ihsan.

Katanya, reformasi tidak boleh hanya tertumpu kepada perubahan politik semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan keseluruhan sistem pentadbiran dan ekonomi negara.

“Kita perlu bergerak melangkaui politik lama yang berasaskan perpecahan dan persaingan sempit,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan perlunya kerajaan menilai semula pendekatan pengelasan pendapatan seperti B40, M40 dan T20 supaya lebih menepati realiti sebenar kehidupan rakyat ketika ini.

“Kita mesti melihat semula bagaimana kita mentafsir kemiskinan, kelas pertengahan dan kelompok berpendapatan tinggi dalam konteks kos sara hidup semasa,” katanya.

Saifuddin berkata, pembinaan konsensus nasional baharu itu memerlukan penglibatan semua pihak tanpa mengira ideologi politik, kaum dan latar belakang.

Katanya, negara tidak akan mampu bergerak ke hadapan jika rakyat terus dibelenggu politik permusuhan yang memecah-belahkan masyarakat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share