Krisis Keyakinan Terhadap Muhyidin, PN Hadapi Cabaran Berat

KUALA LUMPUR | 22 Feb 26 – Pandangan terkini Timbalan Pengerusi Cendekiawan Negara, Prof. Madya Ir. Dr. Khairudin Md Isa, menekankan bahawa Presiden Bersatu, Muhyidin Yassin, menghadapi cabaran serius untuk mengembalikan keyakinan ahli serta penyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurut Prof. Khairudin, beberapa faktor menyumbang kepada penurunan sokongan ini. Antaranya, tindakan Muhyidin selepas meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN dilihat menyulitkan rakan-rakan dalam gabungan itu, sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kepimpinannya.

“Ahli Bersatu kini mula mempersoalkan kemampuan presiden mengurus isu-isu penting parti, sehingga Bersatu dilihat lemah dalam menghadapi cabaran politik semasa.” Katanya kepada politiko.

Menurut Khairudin, keyakinan penyokong PN, khususnya PAS, juga dilaporkan merosot berikutan krisis Perlis dan peristiwa pasca peletakan jawatan Muhyidin sebagai Pengerusi PN.

“Penyokong PN pula tidak menyenangi individu seperti Tun Faisal, Peja (Faizal Azumu) Dan Azmin Ali, yang dilihat bermasalah, Dan akan menjejaskan sokongan terhadap PN.

“Secara keseluruhan , ahli Bersatu tidak nampak apa plan pemulihan atau plan halatuju Bersatu selepas isu pemecatan Hamzah dan rakan-rakan. Ujarnya.

Ini disusuli, pengumuman keluar parti oleh veteran politik seperti Noh Omar dan Rais Yatim dijangka meningkatkan krisis keyakinan terhadap kepimpinan Muhyidin.

Situasi ini, menurut pakar itu, menuntut Muhyidin untuk segera memperjelas hala tuju Bersatu dan menstabilkan gabungan PN bagi memastikan keyakinan ahli dan penyokong dapat dipulihkan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share