
KUALA LUMPUR | 9 Feb 26 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Lembaga Disiplin BERSATU menjadi “keldai tunggangan” Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali dalam memburu Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau mendakwa aduan serius terhadap Azmin sejak September 2025 diabaikan dan pengadu dipecat, sekali gus menimbulkan krisis keadilan dalaman parti menjelang PRU16.
“Sudah terang lagi bersuluh bahawa Muhyiddin dan penjilatnya menunggang Lembaga Disiplin untuk memburu Hamzah. Katanya.
Kenyataan beliau merujuk kepada pertemuan Hamzah dengan Lembaga Disiplin yang dijadualkan pada 12 Februari 2026, dan fokus sesi itu hanya mencari salah Hamzah.
Wan Saiful menegaskan, rakaman audio sesi perjumpaan menunjukkan lembaga tersebut bertindak berat sebelah, menimbulkan persepsi bahawa siasatan dijalankan untuk kepentingan individu tertentu dalam parti.
“Rakaman itu cukup untuk membuktikan betapa Lembaga Disiplin hari ini hanya keldai tunggangan untuk memburu Hamzah sahaja. Dalam perjumpaan dengan saya, fokus mereka ialah mencari salah Hamzah. Ujarnya.
Rakaman prosiding Lembaga Disiplin yang didedahkan oleh Wan Saiful boleh didengar di sini.
Dalam perkembangan yang sama, aduan beliau sendiri terhadap salah laku Azmin melalui surat bertarikh 29 September 2025, yang diterima secara rasmi oleh BERSATU pada 30 September 2025, masih tidakada itindak lanjut selepas lebih empat bulan.
Beliau menekankan bahawa jika aduan itu melibatkan Muhyiddin atau Azmin, tindakan segera diambil, menunjukkan pilih kasih dalam mekanisme disiplin parti.
“Hari ini sudah lebih empat bulan aduan itu dihantar. Tapi sudah pastilah tidak ada apa-apa tindakan mereka ambil terhadap Azmin.
“Iyalah… kalau mereka ambil tindakan terhadap Azmin, nanti kekasihnya yang berkuasa mutlak itu akan marah pula. Katanya.
Mantan Ketua Penerangan BERSATU ini turut mendedahkan bahawa beliau sendiri dan saksi-saksi yang dinamakan dalam aduan dipecat hanya dua minggu selepas aduan diterima, memperkuatkan dakwaan bahawa Lembaga Disiplin Bersatu kini digunakan sebagai alat tekanan politik terhadap pengadu dan pihak yang dianggap menghalang kepentingan kepimpinan.
“Untuk menutup kesalahan Azmin, saya sebagai pengadu dan saksi-saksi yang saya namakan dalam surat aduan itu pula yang mereka pecat dua minggu selepas mereka terima aduan saya.
“Itulah Lembaga Disiplin BERSATU di bawah Muhyiddin. Tidak bermaruah. Tidak beramanah. Tegasnya.
Dalam kenyataan paling keras, beliau bahawa tidak ada apa lagi yang boleh diharap dari Lembaga Disiplin BERSATU.
Timbalan Presiden BERSATU dipanggil ke Lembaga Disiplin buat kali kedua, pada masa yang sama, Setiausaha Agong BERSATU, Azmin Ali menegaskan bahawa tindakan Lembaga Disiplin parti dilaksanakan sepenuhnya mengikut peruntukan Perlembagaan Bersatu.
Menurut beliau, Perlembagaan parti tidak memberi keistimewaan kepada mana-mana individu atau jawatan, dan setiap ahli tertakluk kepada peraturan yang sama tanpa pengecualian. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.