Bersatu Hilang Arah, Dakwa Chegubard

KUALA LUMPUR, 13 Okt 25 – Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin mendakwa parti itu kini sudah hilang arah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa, dengan adanya PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) Bersatu seharusnya boleh bergerak lebih pantas sekiranya fokus kepada perkara yang betul.

“Bila gabungan Bersatu dan PAS, PAS ibarat dia sediakan kereta lumba jauh lebih baik, masalahnya Bersatu tidak main peranan seperti mana PKR sebab apa, sebab kita ‘lost’.

“Bersatu kena letak balik dalam trek dia,” katanya, dalam sesi siaran langsung video di media sosial miliknya.

Tambahnya, disebabkan sikap segelintir pihak dalam Bersatu juga membuatkan dia membisu sejak sebulan lalu.

“Akhirnya dalam Bersatu antara sebab saya diam adalah bila orang keliling Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin,” tambahnya.

Dia juga mengimbau kerjasama PAS bersama PKR, parti yang disertainya sebelum Bersatu dan mengatakan PAS banyak membantu parti itu pada peringkat awal penubuhannya.

Malah, PAS juga menyediakan medium untuk pemimpin-pemimpin PKR ketika itu bergerak, pada waktu itu.

“Pada ketika itu apa peranan PAS, PAS menyediakan kereta lumba, logistik dan akhirnya PKR siapkan pemandu kereta lumba. PAS buat ceramah, penceramah terakhir orang PKR.

“Saya aktivis, tapi tak pernah terfikir cara buat ceramah. Panggil orang buat poster. Dahlah buat ceramah, kutip derma pula lagi, bukan sekadar boleh ‘cover’ kos malah jadi sumber kewangan kepada parti,” katanya.

Baru-baru ini, Chegubard mendakwa wujud unsur manipulasi dan pengkhianatan oleh individu yang rapat dengan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau secara terbuka mengkritik Ketua Penerangan terhadap masalah kelemahan jentera komunikasi parti, yang menurut beliau lebih banyak bermain politik dalaman daripada memperkukuh mesej kepada rakyat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share