Mahkamah Tinggi Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 25 — Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin merujuk empat persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata isu yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu bersifat rumit serta berkait rapat dengan perbicaraan, sekali gus wajar diputuskan oleh mahkamah tertinggi.

Dengan keputusan itu, semua prosiding kes hasutan terhadap Muhyiddin di Mahkamah Tinggi digantung sementara.

Antara isu utama yang mahu dirujuk ialah sama ada peruntukan dalam Akta Hasutan menyekat kebebasan bersuara secara tidak munasabah dan bercanggah dengan hak perbicaraan adil.

Muhyiddin, 78, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri pada Ogos 2024, berhubung dakwaan beliau tidak dijemput Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.

Jika sabit kesalahan, Pengerusi Perikatan Nasional itu berdepan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share