
KUALA LUMPUR, 9 DIS 2025 — Dalam perkembangan terbaru susulan ketegangan politik antara kedua-dua pihak, MCA menyatakan persetujuan untuk mengadakan dialog dengan PAS tetapi menegaskan bahawa ia hanya akan berlaku setelah menerima undangan rasmi, demikian lapor FMT.
MCA yang didominasi kepimpinan daripada kaum Cina sebelum ini menolak cadangan menyertai Perikatan Nasional (PN) selagi PAS kekal dalam gabungan tersebut, dengan alasan bahawa sebahagian pengundi Cina kurang selesa dengan ideologi PAS.
Sehubungan itu, PAS melalui kenyataan yang disampaikan oleh Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari menawarkan pintu rundingan terbuka untuk menjernihkan sebarang kekeliruan atau persepsi negatif terhadap parti Islam itu. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.