Menghina Penjawat Awam – ARMADA Pahang Bidas Kenyataan Pemimpin PKR

KUALA LUMPUR, 25 Jul 25 – Ketua Penerangan Armada Pahang, Mohamad Fasrullah  Mohd Razali membidas kenyataan pemimpin PKR Paya Besar yang disifatkan menghina penjawat awam yang mahu menyertai Himpunan Turun Anwar.

Menurut Fasrullah, kenyataan pemimpin Cabang PKR tersebut memperlekeh golongan penjawat awam bukan sahaja dangkal, malah menghina kesungguhan rakyat yang turun ke jalanan untuk menuntut perubahan.

“Kenyataan beliau yang memperlekehkan golongan penjawat awam sebagai ‘rindu kerja dari rumah’ dan ‘seronok korek KWSP’ bukan sahaja dangkal, malah menghina kesungguhan ribuan rakyat yang turun ke jalanan demi menuntut pembaharuan sebenar.

“Apa yang lebih membimbangkan, kenyataan tersebut seolah-olah cuba memperlekeh tuntutan rakyat dengan mempermainkan suara mereka secara sinis, sedangkan realiti di lapangan amat berbeza. Katanya.

Terdahulu, menerusi laporan media, Ketua Cabang Keadilan Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad dilaporkan berkata “ada segelintir penjawat awam yang bertahun-tahun sudah biasa makan ‘duit tepi’ di dalam melaksanakan tugasnya kerana sejak hampir tiga tahun ini, pendapatan mereka jauh merosot.

”Tiada lagi peluang dapat ‘duit tepi’. Bagaimana mahu bayar hutang kereta mewah, rumah besar dan berbagai lagi yang selama ini hidup seperti di syurga? Anwar jadi PM, mereka seolah-olah telah tercampak ke neraka.

Mengulas isu yang sama, Fasrullah berkata, golongan anak muda, pekerja swasta, malah penjawat awam sendiri berdepan dengan tekanan kos sara hidup, ketidakstabilan ekonomi dan tiadanya halatuju jangka panjang daripada kepimpinan hari ini.

“BERSATU Paya Besar berdiri teguh bersama rakyat, termasuk penjawat awam yang jujur dan berintegriti, yang hari ini sedang bergelut dengan tekanan hidup dan kecewa terhadap kegagalan reformasi ekonomi yang dijanjikan Kerajaan Madani.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa Himpunan Turun Anwar bukan himpunan untuk memuja mana-mana tokoh politik, tetapi suara rakyat menuntut pertanggungjawaban dan dasar yang lebih adil.

“Menghina himpunan ini adalah menghina suara rakyat yang telah hilang sabar. Katanya.

Awal minggu ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi amaran kepada penjawat awam agar tidak menyertai himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Himpunan Turun Anwar dijadualkan akan berlangsung esok pada jam 2 petang. Sebanyak empat lokasi telah dikenal pasti sebagai pusat perhimpunan, antara Dataran Sogo, Masjid Jamek KL, Masjid Negara dan Pasar Seni. Penganjur menjangkakan seramai 300 ribu peserta akan menyertai himpunan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, pihak Polis mengesahkan tidak akan ada sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur dan para peserta dinasihat untuk mematuhi peraturan dan undang-undang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share