
KUALA LUMPUR | 3 Feb 2026 — Desakan pengunduran Muhyiddin Yassin semakin kuat dan terbuka. Terbaru, gesaan dari Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Yunus Nurdin, yang turut menggesa Presiden parti, melepaskan jawatan sebagai Presiden BERSATU demi mengembalikan keyakinan dalaman parti dan perpaduan dalam Perikatan Nasional (PN).
Menurut Yunus, gesaan itu timbul ekoran beberapa tindakan dan kenyataan Muhyiddin yang dilihat dibuat secara unilateral tanpa melalui perbincangan rasmi MPT, sekali gus menimbulkan kekeliruan politik dan melemahkan kepercayaan dalam parti serta hubungan dengan komponen PN.
“Isu yang dibangkitkan tidak pernah dibentangkan, dibahaskan atau dipersetujui dalam mana-mana mesyuarat MPT BERSATU resmi,” tegasnya, menegaskan bahawa kepimpinan parti perlu berpandukan prinsip collective decision-making dan musyawarah, bukan keputusan sepihak.
Yunus turut mencadangkan agar Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dipertimbangkan sebagai figura yang sesuai untuk memegang jawatan Presiden secara sementara. Kata beliau, Hamzah mempunyai pengalaman, kredibiliti dan keupayaan untuk menyatukan kembali parti serta memperkukuh kerjasama dalam PN yang kini diuji oleh ketidakstabilan politik.
“Beliau dilihat mampu memikul tanggungjawab untuk rebuild kepercayaan dalaman, memulihkan hubungan strategik dalam gabungan, dan mengemudi parti secara teratur serta disiplin,” tambah Yunus.
Yunus juga menekankan bahawa Muhyiddin perlu memberi perhatian penuh kepada urusan perundangan peribadi, termasuk kes Jana Wibawa yang dijadualkan untuk didengar pada bulan Mac, supaya isu berkenaan tidak membebankan lagi pengurusan parti dan gabungan.
Beliau menyeru agar BERSATU dan Perikatan Nasional terus dibentuk atas asas integriti, keputusan kolektif, dan perpaduan sebenar, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, supaya mampu menjadi alternatif kukuh dalam landskap politik negara.
Muhyiddin sebelum ini mendakwa parti itu bersama PAS sudah mencapai persetujuan untuk memansuhkan jawatan Pengerusi PN sebagai sebahagian usaha penstrukturan semula gabungan itu, menurut suatu surat bertarikh 27 Januari.Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.@politiko.m
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.