
KUALA LUMPUR, 26 APR 25 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kepimpinannya sebagai Pengerusi Perikatan (PN) lemah.
Presiden Bersatu itu sebaliknya menegaskan, rekod Pilihan Raya Negeri (PRN) di empat negeri sebelum ini menunjukkan PN mempunyai prestasi yang membanggakan sehingga membolehkan pembangkang itu menubuhkan kerajaan.
“Kita juga sudah ada exco, timbalan speaker dan banyak jawatan lain, begitu juga (dalam PRN) di Pahang dan Perak kita mendapat jumlah kerusi yang besar tetapi tidak dapat membentuk kerajaan negeri.
“Ini kerana kerusi yang kita ada tidak cukup dan Umno pula memilih untuk bekerjasama dengan DAP (untuk tubuh kerajaan),” katanya, di majlis ramah mesra Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.
Ketika ditanya berhubung saranan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan penstrukturan semula PN, Muhyiddin juga menegaskan, gabungan pembangkang sudah pun melaksanakannya. @politiko.my