Netizen Sekolahkan PKR Selangor Amalan Nepotisme

KUALA LUMPUR, 6 MEI 25 – PKR Selangor menyatakan sokongan terbuka untuk Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Nurul yang juga anak kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai simbol keteguhan prinsip dan keberanian perjuangan sejak awal era reformasi.

“Nurul bukan orang baharu. Sejak muda, beliau ditahan, dihina, diuji, tetapi tidak pernah lari daripada medan perjuangan.

“Beliau bukan membina nama kerana nama keluarganya, tetapi kerana prinsip yang teguh,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan 19 Ketua Cabang PKR Selangor, semalam.

Aminuddin yang juga pengerusi PKR Selangor berkata, PKR perlu digerakkan oleh kepimpinan yang tidak terikat dalam pentadbiran kerajaan, sebaliknya mampu memberi fokus penuh untuk memperkukuh parti dari dalam menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita yakin Nurul mampu menjadi gandingan mantap kepada presiden, bukan sekadar pelengkap tetapi penggerak yang jujur dan berani menyatakan kebenaran,” kata kenyataan itu.

Ruangan komen bagaimana menyaksikan reaksi negatif dengan pengguna media sosial mempersoalkan sokongan tersebut kerana itu adalah amalan nepotisme secara terbuka.

“Ini sokongan bunuh diri namanya. Terang-terang ada unsur nepotisme. Memanglah Nurul layak jadi presiden, kalau bukan sebab Anwar. Tapi sebab dia anak Anwar, bukan sekarang masanya,” kata Harith Hasnan.

“Dalam pada kita nak tengok Nurul pimpin PKR, tapi dalam masa yang sama kena jaga persepsi juga. Ni kira bola tanggung hampa bagi. Fadhli Shaari dah standby tepi nak up posting nanti. Memang kaw-kaw kena balun.

“Sekali lagi aku ulang, hampa jangan jadi bingai buat cadangan mengarut macam ini!,” katanya.

Ramllan Lubin pula berkata, langkah itu mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

“Kita sokong Nurul tapi untuk dia di lantik sebagai timbalan presiden, NO! lebih banyak buruk dari kebaikan.” @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share