Notis Kekosongan Tiga Kerusi DUN Perlis Telah Di Hantar Kepada SPR

KUALA LUMPUR, 29 DIS 25 — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan, hari ini menyerahkan notis rasmi mengenai kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai langkah awal bagi mempertimbangkan pengisian melalui Pilihan Raya Kecil (PRK).

Notis tersebut diserahkan di Pejabat SPR Perlis di Kangar kira-kira jam 12 tengah hari tadi, dan turut memaklumkan kepada SPR mengenai keperluan mengadakan PRK di tiga kawasan yang kini kosong iaitu Chuping, Bintong dan Guar Sanji.

“Saya menyerahkan semuanya kepada pertimbangan pihak SPR,” katanya seperti dilaporkan malaysiakini.

Kekosongan tiga kerusi DUN itu berlaku selepas keahlian ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim dalam PAS terhenti serta-merta selaras dengan peruntukan Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Walaupun usia DUN Perlis sudah lebih tiga tahun sejak 18 Disember lalu, kerajaan negeri berpandangan bahawa pilihan raya kecil perlu diadakan demi mengisi kekosongan tersebut dan memastikan kestabilan pentadbiran.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 kerusi DUN Perlis, dengan PAS memperolehi sembilan kerusi dan Bersatu lima, manakala Pakatan Harapan melalui PKR memenangi satu kerusi di Indera Kayangan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share