OpenAI raih suntikan pelaburan lebih AS$100 bilion

Gambar hiasan – foto CNBC

OPENAI telah sedia mencuri perhatian ramai sepanjang tahun 2023 ini, dengan penawaran seperti ChatGPT dan juga Dall-E.

Dalam usaha terus memperluaskan syarikat, kini OpenAI dilaporkan sedang dalam perbincangan awal untuk meraih suntikan pelaburan, menilaikan syarikat pada nilai melangkaui AS$100 bilion.

Ini sekali gus menjadikan OpenAI sebagai antara syarikat bernilai tinggi di dunia.

Pada hari ini, OpenAI sedia menerima suntikan dana yang tinggi daripada Microsoft – dan sejak daripada itu, pelbagai pembangunan telah dilakukan, termasuk integrasi ke Bing serta pelbagai produk Microsoft lain.

Selain pembangunan syarikat, OpenAI turut dikatakan sedang mengumpulkan dana untuk pembangunan cip memfokuskan kecerdasan buatan.

Langkah ini akan membolehkan OpenAI mempunyai alternatif untuk cip keluaran NVIDIA, sekali gus mengurangkan lagi kos operasi mereka. – Amanz

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Ini masa paling sesuai cari Iphone

Bagi yang ingin mencari iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max, sekarang ialah masa paling terbaik untuk membeli kerana secara lazimnya harga jualan akan berkurangan secara mendadak pasca pelancaran iPhone baharu.
Read More
Total
0
Share