
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 25 – Parti Putra menyatakan sokongan penuh terhadap titah berdaulat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang menegaskan supaya Kementerian Pertahanan membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama berusia lebih 30 tahun.
Manurut Presidennya, Dato Dr Ibrahim Ali, titah Baginda bukan sekadar nasihat, tetapi peringatan sejarah yang lahir daripada pengalaman negara.
“Baginda mengingatkan kegagalan pahit projek SkyHawk bahawa aset lama yang akhirnya menjadi besi buruk tanpa manfaat, meskipun berbilion ringgit duit rakyat telah dibazirkan.
“Soalan Baginda ,“Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam keranda terbang?” ia adalah tamparan psikologi yang menusuk ke dalam hati rakyat dan perajurit. Kata Ibrahim
Semalam, YDP Agong, Sultan Ibrahim dalam titahnya memberi amaran agar Kementerian Pertahanan (Mindef) membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang telah berusia lebih 30 tahun.
Baginda bertitah, Mindef wajar memikirkan keselamatan juruterbang berbanding mengutamakan kepentingan orang tengah dan ejen.
Dalam kenyataan yang sama, Ibrahim Ali berkata, membeli aset usang hanya mengulangi “projek rugi” seperti SkyHawk dan Scorpene. Duit rakyat akan terus hangus tanpa pulangan.
“Isu Keselamatan Black Hawk lama (30+ tahun) membawa risiko tinggi, kos penyelenggaraan melambung, dan tiada nilai strategik jangka panjang. Aset pertahanan seharusnya moden, berteknologi tinggi, dan menepati keperluan operasi. Ujarnya.
Beliau juga menegaskan bahawa pertahanan negara bukan Pasar Malam Komisen.
“Putra mahu rakyat faham bahawa setiap kali aset lapuk dibeli, yang kaya hanyalah orang tengah, yang sengsara ialah rakyat dan perajurit. Jika kerajaan berdegil, rakyat akan melihat bahawa Madani sanggup menggadaikan kedaulatan negara demi kroni dan keuntungan jangka pendek. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.