PAS Mahu Bincang Jawatan Pengerusi PN

KUALA LUMPUR, 12 Jul 25 – Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengesahkan akan berbincang dengan parti komponen mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Bernama, Haji Hadi berkata bahawa jawatan pengerusi PN bukan ditentukan oleh PAS sahaja.

“Ia bukan hak Pas sahaja… akan dibincangkan dengan parti-parti lain dalam PN,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan terdapat desakan untuk PN mempunyai pengerusi yang baharu, namun dakwaan itu dinafikan oleh Muhyiddin sendiri.

Beliau turut memberi bayangan akan kekal sebegai Presiden memandangkan keadaan kesihatannya yang semakin baik selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bulan lalu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share