PAS Soal Anwar: Kenapa Siasat Daim Yang Dah Meninggal Dunia?

KUALA LUMPUR, 23 Jul 25 – PAS mempersoalkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sitaan harta benda membabitkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin sekiranya faktor usia diambil kira.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dilakukan atas faktor usia sebenarnya alasan disebabkan tiada bukti untuk mendakwa bekas perdana menteri itu.

“Perdana menteri perlu akui bahawa tiada bukti yang kukuh untuk mendakwa Tun M sebenarnya.

“Jika kerana faktor usia, SPRM boleh sahaja ambil tindakan ke atas Allahyarham Tun Daim sekalipun selepas kematiannya dengan membuat sitaan ke atas aset peninggalannya,” katanya, dalam hantaran di Facebook.

Fadhli juga berpandangan Dr Mahathir tidak akan sengaja melengah-lengahkan masa sekiranya dituduh di mahkamah.

“Tun M tidak sama seperti sesetengah individu yang cuba lengahkan kes mahkamah, mohon imuniti dan sebagainya.

“Bahkan jika kerajaan bertindak dakwa Tun M, barangkali ‘orang tua’ itu tanpa sebarang takut akan melangkah ke kandang tertuduh pertahankan dirinya,” katanya.

Fadhli berkata, beliau muak dengan alasan demi alasan dikemukan Anwar.

“Bukanlah saya mahu pertahankan Tun M sangat, tetapi rasa mual dengan alasan PMX ini.

“Turun sahajalah, selesai satu masalah besar negara,” tambahnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share