PAS Terima Peletakan Jawatan Muhyiddin, PN Digesa Panggil Mesyuarat – Hadi

KUALA LUMPUR | 11 Jan 26 – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) perlu segera mengadakan Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi (MT) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Dalam satu surat yang ditujukan kepada MT PN, Abdul Hadi, yang juga Timbalan Pengerusi PN, menyatakan bahawa pihaknya menghormati dan menerima keputusan Muhyiddin, seraya merakamkan penghargaan atas khidmat dan jasa bakti beliau sepanjang menerajui PN.

“Bagi memastikan kelangsungan pentadbiran PN, adalah wajar satu Mesyuarat Tergempar MT diadakan segera untuk menerima dan mengesahkan peletakan jawatan Pengerusi PN serta melantik Pengerusi baharu,” kata Abdul Hadi dalam surat itu.

Beliau menegaskan bahawa tarikh kuat kuasa peletakan jawatan telah melebihi 10 hari, justeru tindakan segera amat diperlukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran PN mengikut Fasal 8.3(1)(b) Perlembagaan PN.

Surat tersebut menekankan bahawa keputusan Mesyuarat Tergempar MT ini adalah kritikal untuk mengisi kekosongan jawatan tertinggi dalam PN dan memastikan struktur kepimpinan gabungan politik itu terus berfungsi tanpa gangguan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share