Pembangkang Sedia Bantu Kerajaan Selesai Krisis Petronas – Wan Fayhsal

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 25 — Pemimpin Perikatan Nasional (PN) menawarkan kepakaran dan sedia membantu kerajaan menyelesaikan krisis membabitkan syarikat minyak negara Petronas.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pembangkang turut mempunyai keupayaan membantu kerajaan menyelesaikan isu tersebut.

“Kita harap kerajaan Madani berterus terang supaya kami dapat batu selesaikan masalah ini. Bukan sahaja kerajaan mampu cakap dengan negara luar. Pemimpin pembangkang pun boleh.

“Macam isu Petros, Petronas kerajaan boleh manfaatkan untuk pembangkang runding, dalam pelbagai perkara dan bentuk. Tapi tak nampak apa yang kami tawarkan tidak disambut,” katanya, ketika sidang media di Parlimen.

Wakil rakyat Bersatu itu turut membangkitkan persoalan sama ada krisis antara Petronas dan Petros turut menyumbang kepada krisis tersebut.

“Kami ingin tahu apakah krisis antara Petronas dan Petros yang berlarutan menyumbang masalah pengurangan pekerja dalam Petronas.

“Apakah prestasi Petronas di Pengerang dan Kanada menyumbang kemerosotan pendapatan Petronas,” katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini pengurangan kira-kira 5,000 kakitangan Petronas itu dibuat atas faktor pertindihan fungsi dalam tenaga kerja.

Selain itu, Anwar berkata tindakan itu diambil kerana peralihan kepada penggunaan teknologi, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI).

Wan Ahmad Fayhsal bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar.

“Kakitangan Petronas cukup ramai. Jawapan Tambun seperti itu tidak menjawab persoalan , kurang memuaskan,” tegasnya. 

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika berucap di Dewan Rakyat berkata pemberhentian pekerja di Petronas sebahagiannya disebabkan oleh “pertindihan” jawatan akibat penggunaan teknologi baru, termasuk AI.

Menurutnya proses penstrukturan semula itu turut menawarkan peluang kepada pekerja terlibat untuk mengisi jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang lain. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share