Pembubaran Bahagian, Cawangan Dan Sayap Paksa BERSATU Tubuh Pasukan Petugas Khas

KUALA LUMPUR | 22 Feb 26 — Akibat pembubaran bahagian-bahagian yang telah hilang kepercayaan terhadap Presiden, Parti BERSATU mengumumkan langkah penyusunan semula beberapa bahagian dan sayap parti.

Presiden parti, Muhyiddin Yassin berkata, satu Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi melaksanakan proses tersebut secara teratur mengikut perlembagaan parti.

Menurut beliau, pasukan itu dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden, iaitu Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu, manakala Setiausaha Agung, Azmin Ali, akan bertindak sebagai sekretariat.

Katanya, Ketua-Ketua Badan Pimpinan Negeri telah diarahkan mengenal pasti bahagian yang terlibat bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan tidak menjejaskan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

“Penyusunan semula ini melibatkan pemangkuan jawatan Ketua Bahagian atau pembentukan jawatankuasa bahagian yang baharu mengikut perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau turut menjelaskan bahawa sayap-sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan akan disusun semula melalui mekanisme sama, sama ada pelantikan pemangku atau pembentukan jawatankuasa baharu.

Muhyiddin menegaskan parti itu mempunyai barisan pelapis dan ahli aktif di setiap bahagian yang bersedia memikul tanggungjawab bagi memperkukuh organisasi.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional pada 22 Februari bagi memutuskan pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional serta perkara lain berkaitan pengukuhan gabungan tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share