Pemimpin Muda Bantah Cadangan Pilihan Raya Datuk Bandar KL

KUALA LUMPUR | 2 Feb 26 — Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, menegaskan bahawa parti itu menolak sebarang usaha menghidupkan semula idea pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, Umno sebelum ini konsisten menentang Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan pendekatan sama wajar digunakan terhadap cadangan pemilihan datuk bandar.

“Sebelum ni URA, selepas itu pilihanraya PBT, kali ini pilihanraya datuk bandar KL pula, mereka tetap mereka, kita jangan lalai. Katanya di facebook beliau, hari ini.

Tambahnya, selepas berjaya menggagalkan Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan pilihan raya PBT, penolakan yang sama akan diteruskan untuk pimilihan Datuk Bandar.

“Sebagaimana kita tolak dan gagalkan perancangan URA dan pilihanraya PBT sebelum ini, begitulah juga kita harus menolak dan menggagalkan rancangan mereka kali ini.

Beliau mengingatkan bahawa kumpulan mereka bersatu kerana kuasa sedangkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri kerana kuasa.

“Kita sibuk bergaduh sesama kita kerana kuasa , mereka bersatu kerana kuasa. Sedarlah wahai saudaraku. Ujarnya.

Beliau turut memberi amaran bahawa sistem pilihan raya di Kuala Lumpur, yang mempunyai komposisi pengundi majoriti bukan Melayu, berpotensi menghakis pengaruh politik Melayu sekiranya jawatan datuk bandar dipilih secara terbuka.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Razlan Rafii, menegaskan bahawa pelantikan datuk bandar merupakan sebahagian daripada prerogatif Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mempersoalkan kewajaran kajian tersebut.

Beliau turut mengkritik Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, yang didakwa tidak konsisten dalam pendirian berhubung pilihan raya kerajaan tempatan.

Perdebatan mengenai pilihan raya datuk bandar Kuala Lumpur ini sekali lagi memperlihatkan pertembungan antara agenda reformasi tadbir urus bandar dan kebimbangan politik berasaskan keseimbangan kuasa serta demografi, sekali gus menjadi ujian hubungan dan kesepaduan dalam Kerajaan Perpaduan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Perjuangan Kemerdekaan Belum Selesai – Presiden PAS

Menurut beliau, sejarah perjuangan kemerdekaan sebenar bermula sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511 apabila umat Islam bangkit menentang penjajahan Portugis. Bagaimanapun, sumbangan tokoh-tokoh ulama dan pejuang awal itu sering dipadamkan dalam lipatan sejarah yang ditulis penjajah.
Read More
Total
0
Share