Mat Sabu Cabar Orang Melayu Tinggalkan Politik Perkauman

Foto – facebook Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 10 NOV 25 — Presiden parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Hj. Mohamad Sabu, melontarkan cabaran berani kepada orang Melayu dan Bumiputera untuk berhenti terus “bermain” dengan politik kaum yang hanya melemahkan keupayaan mereka sendiri.

Beliau berkata demikian ketika Konvensyen Nasional Amanah 2025 di Shah Alam, semalam.

“Saya sudah dengar isu perkauman sejak zaman sekolah lag. Mereka yang memegang kad pengenalan biru adalah rakyat Malaysia, mereka juga warganegara kita,” tegas beliau.

Mohamad Sabu menegaskan bahawa persaingan sihat terutama dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, harus dijadikan “senjata perubahan”, bukan medan dendam etnik.

Dalam ucapannya juga, beliau mengecam kebergantungan berlebihan terhadap bantuan kerajaan sebagai budaya yang mematikan semangat berdikari memetik insiden “kolam ikan yang diberi melalui geran akhirnya jadi kolam katak selepas dua tahun”.  @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

KP Baharu Mahu SPRM Jadi Institusi Lebih Bebas

Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abd Halim Aman menegaskan komitmennya untuk memastikan SPRM bergerak sebagai institusi yang lebih bebas, tegas dan berwibawa dalam memerangi rasuah tanpa mengira kedudukan atau pengaruh individu terlibat.
Read More
Total
0
Share