Penduduk Kg Sg Baru Desak Pengosongan Ditangguh, Mahu Rundingan Adil

KUALA LUMPUR, 12 Sep 25 – Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru menuntut operasi pengosongan rumah mereka dihentikan serta-merta dan digantikan dengan rundingan menyeluruh bersama kerajaan serta pemaju.

Peguam mereka, N. Surendran dari Lawyers for Liberty (LFL), berkata perbincangan tidak mungkin berlaku secara adil sekiranya operasi pengosongan diteruskan.

“Penduduk sedia berunding pada bila-bila masa, termasuk hujung minggu, asalkan pengosongan dihentikan dahulu,” katanya, memetik laporan malaysiakini.

Baru-baru ini, tindakan bailif mahkamah bersama agensi kerajaan memotong bekalan elektrik dan mengawal ketat kawasan pengosongan mencetuskan kekecohan.

Surendran turut menegaskan bahawa akar masalah bermula dengan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 yang membolehkan kerajaan mengambil tanah kampung itu pada 2021. Menurutnya, penduduk tidak menolak pembangunan tetapi menolak kehilangan tanah pusaka yang diwarisi turun-temurun.

Beliau menambah, walaupun keputusan itu dibuat oleh kerajaan terdahulu, kerajaan hari ini tetap bertanggungjawab mencari penyelesaian. “Penduduk tidak mahu pampasan semata-mata, mereka mahu hak tanah mereka dipertahankan,” ujarnya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share