Perarakan Malaysia Bangkit Untuk Gaza Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 25 – Sekretariat Humanity For Gaza (H4G) akan mengadakan satu himpunan solidariti rakyat Malaysia kepada Palestin pada hari esok.

Menurut wakil penganjur, Himpunan Perdana Nasional – Malaysia Bangkit Untuk Gaza akan diadakan di Dataran Merdeka esok 9 Ogos bermula 4 petang hingga 11 malam.

“Bersama kami lebih 2 ribu gabungan NGO yang merentasi agama, bangsa mahupun ideologi, akan turut bersama dalam himpunan ini.

Penganjur turut memaklumkan bahawa perarakan ini akan bermula dari beberapa check point antaranya Masjid Negara, Masjid Jamek, Pasar Seni. Selepas solat Asar, mereka akan berarak ke Dataran Merdeka.

Selain ucapan pemimpin NGO, penganjur juga menyediakan persembahan daripada anak-anak Gaza bersama dengan kumpulan Nasyid Rabbani. Selain daripada itu, bacaan puisi Gaza dan Flashmob juga akan melatari perhimpunan ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share