Percaturan Politik Untuk Kukuhkan Kedudukan Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Jun 25 – Beberapa pihak berpendapat pergolakan politik dikalangan parti kerajaan perpaduan adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim sendiri yang dilihat ingin memperkukuhkan kedudukan sebagai perdana menteri.

Ketua Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak berkata Anwar merasa tergugat dengan kedudukan Rafizi Ramli yang dilihat mempunyai pengaruh yang kuat di dalam parti.

“So, Anwar selalu terasa tergugat dengan kedudukan Rafizi dengan penyokongya.

“Because the team semua orang dia kan.  So, dia takde ‘president man’ di situ. Ujarnya.

Berkaitan pengumuman Menteri MITI, Tengku Zafrul yang bertindak keluar UMNO dan memohon menyertai PKR, Ishak berkata, ketika ini UMNO berada dalam kedudukan yang sangat lemah dan itu memberi kelebihan kepada Anwar untuk memanipulasi keadaan itu.

“So, masa gabungan ni. UMNO memang tak kuat lah. So, Anwar try to menampakkan UMNO ni tak kuat sajalah.

“Dia tahu UMNO ni bergantung harap. Kalau tak ada dia, tak bergantung harap. Makin lama makin kuasa pengaruh UMNO ni akan terhakis.

Tambah beliau Anwar tahu kedudukan Zahid yang tidak ada sokongan yang kuat di dalam UMNO yang mana ini juga menjadi kelebihan kepada Anwar.

Sementara itu, pemimpin sayap bersekutu Bersatu, Sri Sanjeevan Ramakrishnan berkata sebelum menjadi kerajaan, Anwar sering mengkritik Zafrul, namun sekarang boleh menerimanya kembali.

“Kita ingat lagi Anwar kata dalam parlimen bila Zafrul jawab, dia tak dengar langsung sebab itu bukan jawapan level sorang Menteri. Tapi sekarang dia boleh terima Zafrul dlm PKR.

“Kedua, org lompat parti ni Anwar boleh terima tapi kalau org lain terima dipanggil katak. Anwar ni hipokrit!. Katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan meninggalkan UMNO dan meletakkan semua jawatan yang disandang beliau sejak menyertai UMNO tahun 1997.

Dalam satu kenyataan ringkas menerusi status facebook miliknya, beliau turut mengumumkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Keputusan tsersebut bagaimanapun, mengundang pelbagai persoalan dikalangan rakyat dan pemerhati politik. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share