Muhyiddin Turut Serta, Seru Rakyat Turun Himpunan Turun Anwar,

KUALA LUMPUR, 25 Jul 25 – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai menyertai Himpunan Turun Anwar esok, bagi menunjukkan sikap terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden Bersatu itu berkata, rakyat perlu menunjukkan protes mereka terhadap Anwar yang bukan sahaja gagal mengurus negara dengan baik, malah memungkiri janji-janjinya kepada rakyat.

Dakwanya, selain isu beban kos sara hidup rakyat gagal yang ditangani, banyak cukai baharu diperkenalkan oleh kerajaan, manakala subsidi dipotong, sekali gus menambah beban rakyat.

Dalam masa sama, Muhyiddin mendakwa, janji tatakelola yang baik dan jaminan hak kebebasan rakyat untuk bersuara juga dicabuli oleh kerajaan hari ini.

“Semakin ramai rakyat biasa yang diugut, disiasat dan didakwa hanya kerana menyatakan bangkangan mereka terhadap dasar dan tindakan kerajaan.

Ini menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga berkata pengumuman bantuan one-off RM100 dan penurunan harga petrol RON95 adalah langkah terdesak untuk mengekang perasaan tidak puas hati rakyat.

Sedangkan, pengumuman itu bukan tindakan yang betul untuk menangani masalah kos bebanan kos sara hidup. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share