CEO Kumpulan Petronas Mohon Maaf Insiden Semburan Minuman Keras

Foto – South China Morning Post

KUALA LUMPUR, 8 Okt 25 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz memohon maaf atas keterujaan meraikan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One (F1) di Grand Prix Singapura baru-baru ini yang menyaksikan beliau turut serta dalam acara semburan minuman keras.

Kejadian itu katanya berlaku secara spontan akibat keterujaan meraikan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One pada musim ini.

“Ingin saya jelaskan bahawa saya tidak mengambil sebarang minuman keras, namun sebagai seorang Muslim, saya akur saya seharusnya tidak terlibat dalam sebarang bentuk sambutan sedemikian.

“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Rakaman video itu tular daripada siaran langsung yang menunjukkan Tengku Muhammad Taufik berada dalam acara semburan minuman keras ketika berada di atas podium Formula 1, Singapura, pada Ahad lalu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share