Perjanjian Perdagangan MAS-AS: GLC Malaysia Kena Beli Produk AS

KUALA LUMPUR, 27 Okt 2025 — Dalam perjanjian perdagangan terbaru antara Malaysia dan Amerika Syarikat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama tempatan — termasuk Malaysia Aviation Group (masing-masing dibawah Malaysia Airlines), Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia — diminta untuk membuat pembelian besar-besaran dari Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada komitmen yang dipersetujui.

Malaysia Aviation Group akan membeli 30 buah pesawat jenis Boeing dengan pilihan tambahan 30 unit. Manakala Petronas pla akan membeli tiga juta tan Gas Asli Cecair (LNG) setahun daripada AS, bernilai kira-kira AS$2.04 bilion (RM8.6 bilion) setahun, dengan potensi pembelian tambahan dua juta tan setahun.

TNB dan Telekom Malaysia turut terlibat dalam kontrak bernilai jutaan dolar untuk pembelian arang batu, produk telekomunikasi dan perkhidmatan dari AS.

Keseluruhan komitmen termasuk juga pembelian semikonduktor AS$103 bilion, peralatan aeroangkasa AS$3.5 bilion, dan jentera pusat data AS$43.5 bilion.

Pembelian besar-besaran ini berlaku dalam situasi kerajaan AS menjaga tarif timbal balik terhadap Malaysia, yang dikurangkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus sebagai sebahagian perjanjian.

Timbul pelbagai persoalan tentang implikasi jangka panjang perjanjian ini terhadap kedaulatan ekonomi Malaysia dan kawalan strategi negara dalam sektor kritikal.

GLC tempatan kini terikat kepada komitmen besar kepada pihak asing, suatu perubahan besar yang mungkin menimbulkan risiko ketidakseimbangan dalam bahagian industri dan pelaburan negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share