Pertemuan Tenangkan Ketua-ketua Bahagian Bersatu

SHAH ALAM, 6 Sep 25 – Suasana tegang yang dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cuba diredakan apabila lebih 120 ketua bahagian berkumpul dalam satu pertemuan khas yang bertujuan menenangkan kebimbangan akar umbi menjelang Perhimpunan Agung Tahunan parti.

Penganjur pertemuan yang juga Ketua Bahagian Bangi merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata perjumpaan itu diadakan kerana beliau memahami keresahan di kalangan ketua bahagian yang mahu memastikan perhimpunan berjalan lancar.

“Saya sangat sedar perasaan dalam parti, terutama di kalangan ketua bahagian. Itu sebab kita berkumpul, untuk mententeramkan keadaan dan pastikan tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya dalam perhimpunan nanti,” katanya.

Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timor, Mohd Fadhli Ismail, turut menegaskan bahawa pertemuan tersebut tidak pernah berniat mencabar kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti.

“Kita menghormati Tan Sri sebagai presiden. Isu nak jatuhkan atau tolak beliau tidak timbul. Hari ini kita hanya mahu suara ketua bahagian didengari, itu sahaja,” jelasnya.

Kehadiran lebih 120 ketua-ketua bahagian menjadi isyarat jelas bahawa akar umbi bersatu menolak politik adu domba yang cuba disemai menerusi surat layang, sebaliknya mereka mahukan perubahan besar untuk mengukuhkan imej dan kedudukan parti.

Dalam pertemuan yang ringkas itu, Hamzah turut menyebut bahawa beliau tidak mahu budaya PKR dibawa masuk dalam Bersatu.

Baru-baru ini, tersebar surat layang di dalam kumpulan applikasi whatsapp yang memburuk-burukkan nama beliau. Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan semua pihak perlu berhati-hati daripada membuat kesimpulan tanpa bukti kukuh. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share