
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 25 – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Tambun yang juga Perdana Menteri mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat beliau berkaitan tuduhan Perdana Menteri sendiri.
Menurut Muhyiddin, beliau keliru dengan tindakan tersebut malah mendakwa bahawa tindakan tersebut sebagai satu penyalahgunaan kuasa.
“Sepatutnya apa yang dilakukan oleh YAB Tambun seperti yang disebutkan tadi mestilah siasat dulu. Apa yang beliau buat ialah sekarang ni mengarahkan MCMC supaya membuat siasatan, saya pun keliru, saya pun tak faham siapa yang dia nak siasat, siasat dia ke atau siasat saya?
“Tapi saya rasa ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa, pasal isu ni isu peribadi dibangkitkan oleh YB Tambun terhadap saya, tapi diarahkan SKMM untuk siasat, bagi saya tak berapa kena tu, lepas tu siasat saya dulu. Ujarnya.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu turut berkata bahawa beliau telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan tersebut dan dakwaan Perdana Menteri itu uga telah dinafikan oleh AHli-ahli Parlimen yang lain.
“Saya dah keluar kenyataan, kalau )SKMM) nak jumpa saya pun, saya akan jelaskan apa yang telah pun saya keluarkan (kenyataan), baik dalam video saya atau pun kenyataan rasmi saya dan juga kenyataan yang disokong oleh banyak pihak. Tegasnya.
Terdahulu, Anwar dalam persidangan Dewan Rakyat semalam mendakwa Muhyiddin menyokong pemberian subsidi petrol kepada warga asing, namun ahli Parlimen Pagoh itu sebaliknya menafikan tuduhan tersebut.
Berkaitan hal yang sama, Peguam Kanan Haniff Khatri turut menyelar tindakan Anwar apabila mengarahkan SKMM untuk menyiasat perkara tersebut.
“Arah SKMM siasat. Siapakah Anwar untuk arahkan, campur urusan tadbir SKMM siasat isu yang bukan isu SKMM, isu peribadi dia. Dia cakap benar atau tipu. Tak perlu arah agensi negara bantu dia siasat. Itu salah guna kuasa. Kata Haniff. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.